PELUANG TERBAIK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA
Sebenarnya, tidak ramai yang mampu berjaya didalam sesuatu perniagaan MLM hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja. KECUALILAH bagi mereka yang berpengalaman luas didalam bidang ini serta mempunyai modal yang besar. Segala usaha yang anda lakukan dalam masa 6 bulan yang pertama ini bakal menentukan kejayaan ataupun kegagalan anda. Berkat usaha anda meluangkan masa 1~2 jam sehari sepanjang 6 bulan ini, anda dapat pasti dapat melihat kejayaannya pada April 2014 nanti.
Apa yang menariknya, sistem yang bakal anda belajar nanti memang unik. Tidak kiralah samada anda seorang usahawan MLM yang berpengalaman atau baru menceburi bidang ini, kami pasti anda tidak pernah berjumpa ataupun diajarkan dengan sistem hebat sebegini sebelum ini. Melalui sistem ini:
- Anda tidak memerlukan modal yang besar
- Tidak memerlukan tahap pendidikan yang tinggi
- Tidak memerlukan pengalaman didalam perniagaan
- Tidak perlu keluar berjumpa orang ramai (boleh dilakukan dirumah)
- Tidak perlu pandai bercakap terutama dihadapan khalayak ramai
- Mudah untuk diduplikasi (diikuti dan dikembangkan)
- Boleh dilakukan secara sambilan (tanpa perlu berhenti kerja)
KENAPA ANDA PERLU SERTAI RxINTERNATIONAL
Diasaskan Oleh Seorang Doktor Perubatan
RxInternational
(Rxi) adalah satu anak syarikat dibawah WorldWellness Network (WWN).
Jika kebanyakkan syarikat MLM dan Jualan Langsung dinegara kita telah
diasaskan oleh para usahawan, tetapi bagi syarikat WWN ia telah
diasaskan oleh seorang doktor perubatan iaitu Prof. Dato Dr Noordin
Darus. Penglibatan beliau didalam dunia perniagaan ini adalah berpunca
daripada penyakit kanser yang beliau alami pada tahun 2001. Setelah
pulih daripada penderitaan tersebut dengan bantuan mesin penapis air Rx-Water
ciptaan sendiri, kini beliau berazam untuk membantu individu yang
senasib dengannya. Berikut adalah serba sedikit informati mengenai Dr
Noordin Darus:
- Kelulusan Doktor Perubatan dari Universiti Malaya
- Bekas Pegawai Perubatan Psikiatrik di Hospital Universiti Malaya
- Bekas Pengarah Sains dan Perubatan Kesukanan di Majlis Sukan Negara (MSN)
- Bekas Presiden Pertubuhan Perubatan Kesukanan Malaysia
- Pakar Motivasi Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka
- Penulis buku Kesihatan dan Kesejahteraan
- Penyumbang artikel kesihatan untuk NST, The Star, Berita Harian dan majalah.
- Personaliti Terkemuka dalam rancangan kesihatan di RTM, TV3 dan Astro
- Rekaan dan inovasi produk adalah berasaskan pengalamannya sebagai doktor dan juga sebagai bekas pesakit kanser
Kedudukan Syarikat Yang Stabil & Berlesen
Syarikat WorldWellness Network telah ditubuhkan pada Mac 2003 dan sehingga kini ia mempunyai sehingga 80,000 ahli berdaftar diseluruh dunia. Melalui gambar dibawah anda boleh melihat perkembangan syarikat WWN sehinggalah menjadi sebuah syarikat yang kukuh dan disegani. Sebenarnya tidak banyak syarikat MLM dan Jualan Langsung yang mampu bertahan sehingga 10 tahun. WorldWellness Network juga juga memiliki Lesen AJL (Akta Jualan langsung) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KDNKK) serta mempunyai rekod pembayaran bonus yang baik. Dengan pengalaman syarikat selama 10 tahun dipasaran serta diiktiraf oleh kerajaan, maka anda tidak perlu risau lagi untuk mempromosikan produk keluaran WWN serta tentang bayaran bonus yang bakal anda terima nanti. Kini pada tahun 2013, WWN sekali lagi telah mengambangkan sayapnya dengan membuka rangkaian pemasaran baru di Indonesia serta telah mendapat kelulusan untuk beroperasi daripada kerajaan mereka dan dikenali sebagai P.T. RxInternational. Selain itu, WWN juga mempunyai ahli aktif di Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand.

Sebuah Syarikat Bumiputra Muslim
Semua produk WWN adalah 100% keluaran Muslim dan kebanyakkanya dalah hasil inovasi Dr Noordin Darus sendiri. Ini berbeza dengan sesetengah syarikat MLM dan Jualan Langsung yang lain dimana mereka sering mengimport produk luar negara dan 'rebranding' semula produk menggunakan jenama mereka. Semua produk WWN telahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga pihak yang berkaitan seperti SIRIM serta diiktiraf halal oleh JAKIM. Selain itu, terdapat juga syarikat MLM dan Jualan Langsung (bukan Muslim) yang terlibat didalam penjualan arak atau barangan yang dilarang dalam Islam serta menggunakan sebahagian keuntungan yang mereka perolehi untuk membiayai gerakkan agama mereka. Tetapi dengan WWN anda tidak perlu risau lagi tentang pendapatan yang bakal anda perolehi. Untuk itu, sila saksikan video dibawah:
Menawarkan Keuntungan & Bayaran Bonus Yang Tinggi
Kami tahu tujuan anda melibatkan diri didalam perniagaan 'part-time' sebegini adalah untuk menjana pendapatan sampingan disamping bagi memberikan keluarga anda kehidupan yang lebih baik. Dengan harga barang yang sentiasa naik dan tidak selari dengan kenaikkan gaji anda. Maka anda tidak boleh salahkan kerajaan atau majikan anda semata-mata. Memang sukar untuk menjadi kaya jika hanya mengharapkan gaji bulanan sahaja. Melainkanlah jika anda seorang pegawai tinggi kerajaan ataupun CEO syarikat koperat. Mahu ataupun tidak anda perlu membuat kerja sambilan yang lain jika inginkan kehidupan yang lebih sempurna.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri"
Al-Quran, Surah Ar-Rad 13:11
Sebab itulah didalam pelan perniagaan Rxi, pihak syarikat
telah menawarkan keuntungan dan juga bayaran bonus yang tinggi untuk
dikongsi bersama anda. Jika diperhatikan, bonus yang diberikan oleh
pihak syarikat adalah antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan
syarikat lain yang menawarkan produk setanding dengannya.
Mempunyai Panel Syariah
Sebagai umat Islam, tujuan anda menyertai program sebegini bukan untuk memperolehi pendapatan yang lumayan semata-mata. Tetapi wang yang diterima tadi biarlah halal tanpa sebarang unsur syubaha'. Untuk tujuan itu, pihak syarikat telah melantik 3 orang ahli panel syariah bagi menganalisa dan memberikan nasihat adakah pelan pemasaran yang ditawarkan tidak bercangah dengan Islam dan akan menambah lagi keanggotaan ahli panel syariah ini pada masa hadapan.

Dengan perlantikkan 3 orang ahli panel syariah ini, maka anda tidak perlu risau dan was-was lagi dengan pendapatan yang bakal anda terima hasil daripada penglibatan anda didalam perniagaan Rxi. Ini amat berbeza sekali sekiranya anda melibatkan diri didalam perniagaan Jualan Langsung ataupun Network Marketing yang dimiliki oleh 'Bukan Islam' ataupun syarikat antarabangsa. Jadi, bertindak dan berubahlah sekarang juga.
Produk Hebat & Mempunyai Permintaan Yang Tinggi
Kesemua produk keluaran WWN telah mendapat kelulusan untuk dipasarkan terutamanya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk-produk yang berunsur kesihatan ini mempunyai permintaan yang tinggi. Ini kerana dimana-mana sahaja terdapat individu yang 'sakit' bahkan diri kita sendiri mungkin mempunyai beberapa penyakit tetapi belum mencapai tahap kronik. Ada pepatah menyebut "mencegah itu lebih baik daripada mengubati." Walaupun begitu, wang bukanlah segalanya, tetapi semuanya kini memerlukan wang. Selain untuk menjana pendapatan, tujuan lain anda melibatkan diri didalam perniagaan Rxi ini supaya dapat memberikan khidmat kepada masyarakat dengan membantu mereka menyelesaikan masalah kesihatan yang dialami.
Cuba bayangkan apakah perasaan individu yang telah menderita kesakitan bertahun lamanya dan sembuh hasil bantuan anda. Mereka pasti merasa bersyukur dengan bantuan yang anda berikan dan secara tidak langsung akan membukakan lagi pintu rezeki anda apabila mereka mempromosikan produk keluaran WWN ini.
Setakat ini produk keluaran WWN telah berjaya membantu menyembuhkan berpuluh-puluh jenis penyakit (dengan izin Allah), serta mempunyai ramai testimoni pengguna. Buat masa ini, bagi rangkaian produk Rxi. Disebabkan produk Algenn dan Deeca masih baru dipasaran, maka buat masa ini kami tidak dapat memaparkan testimoni para pengguna produk tersebut. Insya-Allah kami akan mengemas-kinikan testimoni pengguna tersebut dari masa ke semasa. Tetapi daripada cakap-cakap pengguna yang telah menggunakannya, kesannya amat memberangsangkan sekali.
Modal Perniagaan Yang Rendah
Dewasa ini agak mustahil untuk memulakan perniagaan dengan
modal serendah RM250 serta memberikan pulangan beribu ringgit setiap
bulan. Bahkan jika ingin membuka gerai burger sahaja memerlukan modal
sehingga beribu ringgit serta memerlukan lesen-lesen yang berkaitan.
Dengan perniagan Rxi anda tidak memerlukan modal yang besar, tidak perlu
mempunyai lesen (telah diluluskan oleh kerajaan) dan boleh dilakukan
dirumah tanpa perlu lagi keluar untuk berjumpa dengan orang ramai
(prospek). Kini anda boleh menghabiskan masa bersama keluarga disamping
memberikan tumpuan terhadap pembinaan rangkaian perniagaan Rxi.
PENTINGNYA KEFAHAMAN TENTANG MLM
Dewasa ini kita dapat melihat banyak kepincangan dan penyelewengan didalam perniagaan Network Marketing. Kebanyakkan para pemimpin (leader) didalam syarikat MLM lebih gemar menekankan kepada aspek penjualan produk dan bukanya pembinaan rangkaian. Apa yang lebih mengecewakan, ada sesetengah pemmpin yang tidak bertanggung-jawab lebih menumpukan kepada 'money game' bagi mencapai keuntungan segera.
Disebabkan ketidak fahaman orang ramai tentang konsep MLM yang sebenar, maka akhirnya terjadilah masalah 'money game' sehingga menyebabkan putus sahabat dan rumah tangga bercerai-berai, tanah tergadai dan terpaksa menanggung hutang yang besar serta pelbagai lagi masalah lain. Semuanya berpunca akibat daripada ketidak fahaman serta sifat tamak dalam mengejar kekayaan dengan cara mudah dan cepat.
Kebanyakkan individu tidak dapat membezakan diantara perniagaan Network Marketing (MLM), Jualan Langsung dan Skim Piramid (atau Skim Cepat Kaya). Ini menyebabkan ramai yang memandang serong terhadap industri ini walaupun pada tahun 2012 sahaja, perangkaan menjangkakan industri ini mampu menyumbang sebanyak 10 juta kepada negara.
Untuk itu, kami telah meyediakan satu manual bagi menerangkan konsep sebenar perniagaan Network Marketing bagi memberikan anda kefahaman tentang perniagaan ini serta untuk memantapkan lagi ilmu, sebelum anda melibatkan diri sepenuhnya didalam perniagaan ini. Disamping itu kami juga akan mengajar beberapa sistem lain kepada anda. Antara keunikkan sistem yang telah disediakan untuk ahli-ahli tajaan kumpulan kami adalah:
- Sistem yang tidak perlu banyak bercakap
- Sistem 'duplikasi' yang mudah diikuti
- Sistem sokongan upline 10G
- Sistem hebahan maklumat 2G
- Surat Akujanji (diantara penaja & peserta)
- Moral 'Booster' bagi meningkatkan semangat anda
- Kotak Impian bagi mempercepatkan anda mencapai impian
- Lain-lain Material: Video, Audio, Buku & sebagainya.
Dengan adanya sistem sokongan dan kefahaman yang jitu mengenai Network Marketing, kami berharap semua ahli tajaan kami faham akan tugas dan tanggung-jawab masing-masing. Maka peratus kejayaan dapat ditingkatkan disamping dapat mengelakkan diri mereka dari terus diperdaya dengan pelbagai program yang terdapat diluar sana.
Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, didalam Rxi kami lebih menekankan tentang kefahaman dan pentingnya pembinaan rangkaian didalam Network Marketing kepada semua ahli. Aktiviti penjualan hanyalah sebagai sampingan dan bonus tambahan kepada anda. Semua ahli perlu menetapkan matlamat jangka panjang penglibatan mereka dalam Rxi. Iaitu dengan membina satu organisasi perniagaan yang besar dan kukuh bagi membolehkan anda mencapai Kebebasan Hidup — tidak perlu lagi kerja 'makan gaji'.
Ingatlah, penglibatan anda didalam perniagan Network Marketing ini bukan untuk mendapatkan pendapatan selama 6 bulan sahaja. Tetapi ia juga mampu menjana pendapatan sepanjang hayat dan untuk diwarisi oleh anak-anak anda. Sebab itu anda perlu menetapkan matlamat jangka panjang sekiranya ingin berjaya.
Jika anda perhatikan, kebanyakkan individu yang terlibat didalam Network Marketing pasti akan melakukan penajaan secara horizontal (melintang) — "konsep taja dan tinggal". Tetapi menerusi perniagaan Rxi dibawah rangkaian kami, anda akan lebih menekankan "kualiti berbanding kuantiti". Dimana anda perlu membantu dan melatih ahli tajaan secara vertikal (menurun ke bawah) supaya mereka mampu berdikari. Dengan ini proses duplikasi akan lebih mudah untuk berkembang.
Dengan kaedah ini juga anda tidak perlu lagi menaja ramai ahli dan anda mampu mengekalkan rangkaian anda tadi untuk kejayaan jangka panjang. Apa yang lebih penting sekali ia dapat mengelakkan anda daripada terus meloncat dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain dan terpaksa memulakan semula perniagaan dari bawah.
Sertailah Rxi menerusi kumpulan kami bagi membolehkan anda mencapai kebebasan hidup, dalam masa enam bulan hingga satu tahun dari sekarang, disamping dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.